Mmm... sebelum saya share ape2 cerita hari ni.... Saya nak ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada semua teman2 yang berbangsa cina terutama kawan2 masa di zaman persekolahan antara yang saya boleh igt nama mereka... Wong Mei Yen,Chong Sheik fen, Chong Jia yuik, Tan Sin Tee, Soon Siaw Wen dan ramai lagi la... sorry yer tak sempat nak taip kat dalam ni... tapi wajah kalian tetap dlm hati saya... =)
Mmm.... hari ni... saya nak share apa yang harus saya lalui setiap 2 bulan sekali... First off all... Untuk pengetahuan semua saya adalah seorang penghidap Thalassemia (saya pun tak pasti Majar or intermedia)... hahaha... setiap 2 bulan sekali saya akan ada follow up under Medical clinic( dulu org panggil MUFUC) kat hospital Melaka... mmm... biasanya... after saya jumpa doktor... saya akan dibertahu berapa Hb saya... dan akan masuk darah a.k.a blood tranfusion di Day Care... biasanya hari Rabu la... Mmm... ni la bahagian hidup saya kan... sedih sangat... Thanks to my family coz banyak bagi support kat saya untuk terus menjalani hidup ni... walaupun ade je mulut2 celupar kat luar sana tu yang cakap macam2 pasal saya and family... Nak tau ape jawapan saya.. "ade aku kisah ke korang nak cakap ape" hahaha.... Untuk manusia2 yang macam tu... saya doakan anda akan dapat memahami apa yang terpaksa kami lalui sepanjang hidup ni suatu hari nanti... Anda pun bukannya akan sentiasa sihat... betul tak??? So... jangan lupa ya... Tuhan tu maha kaya... (^_~)... Mmm.... berbalik pada kisah ni... macam2 jenis treatment yang saya pernah cuba... antaranya... Minum susu kuda liar (susu ni dibeli dari Indonesia.. kirim pada Allahyarham Andy Yunus(penyanyi tu...) harga sebotol mineral kecil tu Rm 200... Mmm... banyak botol gak la saya minum...) saya rasa anda tak akan sanggup minum susu tu... coz masam and berbau kuda... hahaha... susu lembu pun org susah nak minum ni kan pulak susu kuda liar... betul tak... selain dari pada tu... saya pernah minum "ubat tiap a.k.a ginseng yang direbus yang berwarna hitam likat macam kopi pekat tu"... selain daripada tu... gano derma,lingzi,serbuk ginseng,akar kayu,susu alfa lipid,ensure,gamat healin,... macam2 lagi la... pendek kata... apa aje orang cakap boleh jadi ubat, dan benda tu halal... mesti saya cuba... buat kata mak saya pun... cost beli ubat tu semua mungkin boleh beli kereta kancil cash(blm or persona pun mungkin lepas gak) hahaha... =)

senyum ku tak seghairah,
gerak gaya tidak selincah'
mataku x seayu,
kicau burung pun x semerdu.
namun ku punya hati,
juga gayaku perasaan,
hidupku yg begini,
kadar waktu diizin tuhan.
tidak ku minta lahir ke dunia,
tidak ku duga cacat begini.
bukan ku minta kasih dan manja,
bukan ku rayu bantu simpati.
maafkan wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
sampai masa ku pergi jua.
tidak ku minta lahir ke dunia,
tidak ku duga cacat begini.
bukan ku minta kasih dan manja,
bukan ku rayu bantu simpati.
biarkan wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
sampai masa ku pergi jua.
gerak gaya tidak selincah'
mataku x seayu,
kicau burung pun x semerdu.
namun ku punya hati,
juga gayaku perasaan,
hidupku yg begini,
kadar waktu diizin tuhan.
tidak ku minta lahir ke dunia,
tidak ku duga cacat begini.
bukan ku minta kasih dan manja,
bukan ku rayu bantu simpati.
maafkan wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
sampai masa ku pergi jua.
tidak ku minta lahir ke dunia,
tidak ku duga cacat begini.
bukan ku minta kasih dan manja,
bukan ku rayu bantu simpati.
biarkan wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
sampai masa ku pergi jua.
_________________________________________________________________________________
Mmm... berbalik kepada kisah rutin sampingan saya... saya nak kongsi sedikit info tentang apa itu Tlalassemia dan info yg berkaitan dengannya... Tapi untuk maklumat yang lebih lanjut... anda boleh la layari laman berkenaan... www.nhlbi.nih.gov @ www.clinicaltrials.gov ok...
mmm... bila di pendekkan... dapatlah saya bentukkan sebegini....
mmm... bila di pendekkan... dapatlah saya bentukkan sebegini....
Thalassemia -----> Blood transfusions ------> iron overload
*pesakit akan masuk menjalani blood transfusion mengikut keperluan
*Bila kerap masuk darah... akan jadilah lebihan iron dalam badan....
*untuk mengurangkan lebihan iron... pesakit akan dinasihatkan untuk menggunakan desferal (sejenis alat yang disambungkan dgn jarum... dan dicucuk pada bawah kulit perut... atau ada yang menggambil pil feripprox... )

No comments:
Post a Comment